Panduan Ketika Berada Di Mahkamah

ARAHAN

  • Hormat
    Hendaklah memberi hormat kepada Yang Arif Tuan Hakim ketika masuk dan ketika hendak keluar dari Dewan Bicara dengan berhenti dan menundukkan kepada mengadap Yang Arif Tuan Hakim

  • Tempat Duduk
    Lelaki - Di kerusi bahagian kanan dewan
    Perempuan - Di kerusi bahagian kiri dewan

  • Pakaian
    Lelaki - Pakaian sopan/tertib
    Perempuan - Pakaian sopan/tertib yang menutup aurat serta memakai tudung kepala

  • Senyap
    Ketika mahkamah bersidang hendaklah senyap


LARANGAN


Pakaian

  • Lelaki - Dilarang memakai baju T, berseluar pendek, berambut panjang lebihi paras baju dan memakai selipar.
  • Perempuan - Dilarang memakai baju T, berseluar panjang atau pendek, memakai mini skirt dan tidak memakai tudung kepala.
  • Dilarang menghisap rokok
  • Dilarang makan dan minum dalam Dewan Mahkamah
  • Dilarang membaca akhbar/majalah dan lain-lain
  • Dilarang membuat bising atau bersembang
  • Dilarang duduk sebangku antara lelaki dan perempuan
  • Dilarang duduk bersilang kaki atau berpeluk tubuh semasa berada di dalam dewan
  • Dilarang memakai cermin mata hitam dan bertopi
  • Dilarang membawa senjata api/tajam dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kecederaan
  • Dilarang membawa telefon bimbit
  • Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan bawa masuk kecuali dengan kebenaran dan arahan pihak Mahkamah.


PERINGATAN

Larangan- larangan yang disebut di atas boleh dianggap sebagai salah laku dalam Mahkamah menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor) 2003