Bahasa: English

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian ini diletakkan di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan ini.

Objektif bahagian ini:

i) Memberi khidmat sokongan yang berkesan kepada bahagian-bahagian lain untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
ii) Melahirkan satu sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan yang bersih, cekap dan produktif.
iii) Melahirkan kepimpinan pengurusan yang bersesuaian dengan kehendak Islam.

Fungsi bahagian ini:

i) Pengurusan dan penyelarasan perjalanan pentadbiran hal-hal am pejabat seperti penggunaan ruang pejabat, pengurusan fail, surat-menyurat, pengangkutan, stor, dan kenderaan.
ii) Pengurusan kewangan dan akaun seperti penyediaan anggaran belanjawan tahunan, gaji, elaun-elaun, projek pembangunan, pembelian barang-barang, dan perkhidmatan dan pembayaran tuntutan kewangan.
iii) Pengurusan sumber tenaga manusia termasuk mengenai perjawatan, perkhidmatan personel, latihan dan kursus, disiplin dan tatatertib.