Bahasa: English

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN DAN LATAR BELAKANG MAHKAMAH SYARIAH NEGERI JOHOR.

Mahkamah Syariah sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam menyelesaikan kes-kes dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam, menjalankan dan seterusnya melaksanakan keadilan menurut undang- undang syarak. Sejauh yang diketahui Mahkamah Syariah Negeri Johor diasaskan sejak tahun 1873 sebelum undang-undang Kerajaan Negeri Johor diperkanunkan pada tahun 1895, yang diperkenal oleh Maharaja Abu Bakar Johor. Cuma ianya mempunyai enakmen khas.

Sebelum tahun 1895 lagi, telah wujud jawatan mufti dan kadi. Mengikut rekod separa rasmi yang terawal ditemui menunjukkan jawatan mufti disandang oleh Y.B Dato’ Syed Halim Al-Attas dan jawatan kadi disandang oleh Dato’ Hj. Abdul Rahman dalam tahun 1873. Sehingga tahun 1895 agak sukar diterangkan tugas mufti dan kadi kerana tiadanya jabatan agama ketika itu. Tetapi yang jelas, mufti adalah juga sebagai pengapit hakim dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah sehingga tahun 1909.

Berdasarkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor-Fasal 28, jemaah menteri telah diinstitusikan secara bertulis dan kekal berlaku rombakan besar-besaran dalam struktur organisasinya. Antara jabatan baru yang dicipta ialah Jabatan Agama dan Pelajaran dengan memperkenalkan jawatan Yang Dipertuanya iaitu Yang Mulia Engku Mohd. Khalid. Pada 20 Ogos 1932 suatu muktamar tahunan kadi-kadi Johor telah diadakan untuk membincangkan mengenai mahkamah kadi, daftar nikah cerai dan rujuk, pungutan zakat, pembahagian harta-harta zakat dan Baitulmal. Semua kadi dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Wali Al-Amar dalam negeri sebagaimana diwajibkan perlantikannya menurut hukum syarak. Semua keputusan mahkamah kadi adalah berdasarkan syariah muhammadiah dalam mazhab syafie.

Penubuhan mahkamah di Negeri Johor ini adalah mengikut enakmen pentadbiran negeri Johor iaitu Enakmen bil 14 pada tahun 1978. Enakmen diwujudkan bagi menyatukan dan meminda undang-undang yang berkaitan dengan penubuhan, pentadbiran dan penyusunan semua perkara yang melibatkan dengan Agama Islam dan mahkamah-mahkamah di negeri Johor. Mahkamah Syariah di Johor telah ditubuhkan pada 1 Januari 1978 oleh Jabatan Agama Johor dan lebih dikenali pada masa kini sebagai Mahkamah Kadi. Mahkamahnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu mahkamah kadi dan mahkamah rayuan. Pada masa kini, hakim-hakim mahkamah syariah ini adalah terdiri daripada kadi-kadi daripada daerah itu sendiri.

Enakmen Pentadbiran Negeri Johor menyatakan bahawa bidang kuasa bagi kes jenayah seperti kes-kes khalwat, minum arak, tidak berpuasa dalam bulan ramadhan dan lain-lain dan bagi kes mal/sivil iaitu seperti kes cerai, tuntutan anak, nafkah dan sebagainya adalah dengan menghukum bagi setiap kesalahan denda sebanyak tidak kurang dari RM1000 atau hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI JOHOR

Mahkamah Syariah di Negeri Johor telah wujud sejak tahun 1873 iaitu sebelum Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor diperkanunkan secara bertulis pada tahun 1895 yang diperk enalkan oleh Maharaja Abu Bakar Johor, tetapi tidak mempunyai Enakmen Khas ketika itu.
Sebelum tahun 1895 dikatakan bahawa telah wujud jawatan Mufti dan Kadi. Rekod separa rasmi yang terawal ditemui menunjukkan jawatan Mufti disandang oleh Dato’ Syed Salim Al-Attas dan jawatan Kadi yang disandang oleh Dato’ Haji Abdul Rahman dalam tahun 1873.
Kedua-dua orang penyandang jawatan ini juga telah dilantik oleh Maharaja Johor sebagai Ahli Dewan Negeri dan dengan perlaksanaan tradisi menganugerahkan Pingat Kebesaran Negeri,  kepada Penyandang jawatan Mufti dan Kadi Darjah Mahkota Kelas Pertama iaitu Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato’.
Sehingga tahun 1895 agak sukar diterangkan tugas Mufti dan Kadi kerana tidak ada Jabatan Agama ketika itu, yang jelas Mufti adalah juga sebagai Pengapit Hakim dalam perbicaraan di Mahkamah-Mahkamah Negeri Johor iaitu suatu amalan hingga ke tahun 1909 masihi

Mahkamah Kadi di Kampung-Kampung

Mahkamah Kadi bermula di kampung-kampung iaitu selain di bandar-bandar sebagaimana dinyatakan mengikut fasal 27 Peraturan Mahkamah Kadi Syariah 1934 antara lain dijelaskan.
“Adalah kampung-kampung dalam bahagian daerah tersebut di bawah ini dipersetujukan bagi kadi-kadi di tiap-tiap daerah mengadakan Mahkamah Kadi masing-masing bagi menjalankan perbicaraan yang berkenaan dengan Mahkamah Kadi. Kadi tiap-tiap daerah bolehlah berbuat ketentuan pada mengadakan bicara di kampung-kampung yang tersebut di mana tempat yang telah ditentukan maka lebih dahulu daripada ia menjalankan bicara di dalam Mahkmah kampung itu hendaklah ia memberi tahu kepada Kepala Polis yang di dalam daerahnya lebih dahulu tiga hari dengan menyatakan haribulan dan jam serta beberapa kes yang hendak dibicarakan disitu.  Adapun tentang mengadakan bicara Mahkamah Kadi yang ada di dalam bandar-bandar itu berjalanlah bagaimana biasa hanyalah bila mengadakan Mahkamah di kampung-kampung sahaja dikehendaki berbuat seperti di atas.”

Jabatan Agama Johor dan Mahkamah Kadi

Berdasarkan penguatkuasaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis dan telah berlaku rombakan besar-besaran dalam struktur perjawatan Kerajaan Johor dan diantara Jabatan baru yang dicipta ialah Jabatan Agama dan Pelajaran dengan memperkenalkan penjawat Yang diPertuanya iaitu Yang Mulia Ungku Mohammad Khalid .
Pada 20 Ogos 1932 satu Muktamar Tahunan Kadi-Kadi Johor telah diadakan untuk membincangkan mengenai Mahkamah Kadi , Daftar Nikah Cerai , Pungutan Zakat , Pembahagian Harta-Harta Zakat dan Baitul Mal.
Yang Dipertua Jabatan Agama Johor semasa menutup muktamar ini menyifatkan ” Inilah satu kumpulan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang memelihara Agama Islam bagi orang Johor “.
Pada 1 Januari 1978 Jabatan Agama Johor telah menubuhkan Mahkamah Syariah yang dikenali dengan nama Mahkamah Kadi mengikut peruntukan seksyen 58 ceraian (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 dengan had bidangkuasa jenayah membicara mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan yang berhubung dengan Enakmen ini yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali . Dalam bidangkuasa Malnya , mendengar dan memutuskan semua pembicaraan dalam mana pihak beragama Islam.
Perlantikan Kadi
Semua kadi-kadi terdiri daripada mereka yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Wali Al-Amr dalam Negeri sebagaimana yang diwajibkan perlantikannya itu dibuat menurut Hukum Syarak.

MENAIKAN TARAF MAHKAMAH

Undang-unang Islam adalah undang-undang yang terbaik dan sesuai untuk kita semua kerana undang-undang itu diwahyukan oleh Allah S.W.T yang disampaikan melalui Rasul pesuruhNya supaya dijadikan pedoman dan ajaran kepada kita semua dan kita hendaklah mematuhinya.
Mahkamah Syariah mempunyai peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam dari masa ke semasa. Memandangkan keperluan itu maka suatu Jawtankuasa petugas khas peringkat persekutuan telah dibentuk oleh kabinet dengan dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail dan antara jawatankuasanya ialah Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim (Sh. Kuliah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa sekarang) dan beberapa anggota lain dimana jawatankuasa ini telah membuat laporan dan cadangan-cadangan suaya mengasingkan pentadbiran Mahkamah Syariah dari Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan menyusun semula sistem kehakimannya dengan member kuasa dan peningkatan taraf Mahkamah dan hakim-hakimnya.
Untuk mengembalikan Undang-Undang Syarak kepada kedudukan asalnya sebagai undang-undang negeri dan sebagai langkah awal ke arah menaikkan taraf Mahkamah Syariah dan mempertahankan kedudukan hakim-hakimnya sebagai pelindung Undang-undang Syariah maka suatu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) Perkara 121 (1A) telah diluluskan oleh Parlimen dan seterusnya berkuatkuasa memperuntukan:-

Pengasingan Pentadbiran Mahkamah Syariah Dari Jabatan Agama

Enakmen Mahkamah Syariah 1993
EMS93 adalah suatu Enakmen bagi menyatu dan meminda undang-undang berkaitan dengan Penubuhan , Penyusunan dan Pentadbiran Mahkamah Syariah telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada 22 Disember 1993 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor pada 27 Disember 1993.

Sebagai langkah awal kearah melaksanakan tujuan pengasingan itu suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 121 (1A) telah diluluskan dalam tahun 1984 dan seterusnya berkuatkuasa yang memperuntukkan :
“Bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah-Mahkamah dibawahnya tidaklah ada bidangkuasa di dalam mana-mana perkara yang termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .”
Perlaksanaan Pengasingan Mahkamah Syariah Dari Jabatan Agama
Seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah 1993 memperuntukan Penubuhan Mahkamah Syariah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar selepas berunding dengan Majlis dan seksyen 31 Enakmen yang sama memperuntukan , Mahkamah-Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini . Dengan itu Mahkamah Syariah telah diasingkan dari Jabatan Agama Islam dengan rasminya pada 1 Januari 1996
Dengan berlakunya pindaan ini membolehkan pengasingan pentadbirannya dari Jabatan Agama dilakukan diperingkat Negeri. Mahkamah-mahkamah yang dipersetujui ialah:- 
Mahkamah-Mahkamah yang telah dipersetujui dan diperakukan itu adalah seperti berikut:-
a) 1 buah Mahkamah Rayuan Syariah Johor.
b) 2 buah Mahkamah Tinggi Syariah Johor.
i. Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru.
ii. Mahkamah Tinggi Syariah Muar.
c) 6 buah Mahkamah Rendah Syariah.
i. Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
ii. Mahkamah Rendah Syariah Muar.
iii. Mahkamah Rendah Syariah Segamat/Kluang.
iv. Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat.
v. Mahkamah Rendah Syariah Pontian.
vi. Mahkamah Rendah Syariah Mersing/Kota Tinggi.
Adapun jawatan-jawatan yang dipersetujukan maka tarikh berkuatkuasanya ialah mulai 15 Julai 1994 iaitu sepertimana tarikh berkuatkuasa Enakmen Mahkamah Syariah 1993.