Bahagian Sokongan Keluarga

Kajian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah

KAJIAN PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYISA (MPC)

n

JOHOR, 3 & 4 Ogos 2015 –Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersetuju untuk menubuhkan“Focus Group on Enforcing Nafkah” yang bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjejaskan kecekapan sistem Mahkamah Syariah berdasarkan keberkesanan penguatkuasaan dan pelaksanaan nafkah di Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihak MPC mengambil inisiatif dengan melakukan kerjasama dengan pasukan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Najibah binti Mohd Zin (Pricipal Researcher) untuk menjalankan kajian yang bertajuk “A Study on Enforcing a Nafkah Order in Syariah Court”. Penyelidik-penyelidik lain yang turut terlibat ialah YBhg. Datuk Kamilia Ibrahim dan YBhg. Prof Dr. Nora Abdul Hak. Program diawali dengan Mesyuarat Pembukaan Kajian yang telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor dan Ketua Penyelidik diberi laluan untuk menerangkan serba sedikit latarbelakang kajian seterusnya kajian dimulakan. Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan kajian tersebut ialah YA Tuan Muhammad Khaldun Bin Mohamad Sharif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, YA Tuan Lokman Hakim Bin Tuan Kamaludin, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman, Penolong Pengarah Kanan BSK Negeri Johor, Tuan Mohd Rizam Bin Zainal Abidin, Pegawai ICT JKSNJ dan Penolong Pendaftar Mahkamah-mahkamah Daerah.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor menjadi antara destinasi pilihan bagi menjalankan kajian ini dengan metod kajian tertumpu kepada temubual dan menyaring serta meratifikasi data statistic dan maklumat yang diperlukan bagi memenuhi matlamat kajian ini. Kajian yang dijalankan selama dua hari itu bakal memberikan faedah yang besar kepada system pelaksanaan dan penguatkuasa- an perintah nafkah Mahkamah Syariah dan dapat membuka horizon percambahan ide baharu menerusi laporan akhir yang akan dikeluarkan sejurus sahaja selesai kajian serta siri jelajah serata Malaysia.
Laporan Disediakan oleh :

Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman,
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Sokongan Keluarga
Seksyen Negeri Johor

5hb Ogos 2015