Bahagian Sokongan Keluarga

Karnival MAIJ 2015

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DAN BOOTH PAMERAN JKSNJ DI KARNIVAL MAIJ 2015

km
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah mengadakan Karnival Majlis Agama Islam Negeri Johor 2015 buat julung-julung kalinya pada 26-29 November 2015/14-17 Safar 1437H bertempat di Padang A Plaza Angsana Johor Bahru, Johor. Pelbagai acara menarik yang telah diatur oleh pihak penganjur antaranya seperti Persembahan Kompang Berirama, Bual Bicara Soal Akidah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Bicara Remaja bersama Imam Muda Nazrul, Pertandingan Mewarna Kanank-Kanak, Pertandingan Seni Khat Jawi, Demo Masakan Halal bersama Chef Zubir Mohd Zain, Persembahan Artis Nasyid UNIC dan Hafiz Hamidun, Larian Mahabbah dan lain-lain lagi. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor telah berkenan mencemar duli merasmikan karnival berkenaan.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) turut tidak ketinggalan menyertai acara karnival tersebut dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan dan Booth Pameran yang mana di dalamnya turut memuatkan Sejarah dan Latarbelakang Mahkamah Syariah Negeri Johor, Visi, Misi serta Fungsi JKSNJ. Selain itu, maklumat berkaitan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Sulh juga dipaparkan sebagai rangka promosi dan hebahan yang berterusan. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor sekali lagi berkenan mencemar duli mengunjungi booth pameran JKSNJ dan beramah mesra sambil diiringi oleh YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie Johor dan beberapa VIP lainnya.