Bahagian Sokongan Keluarga

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DAN BOOTH PAMERAN JKSNJ DI KARNIVAL MAINJ BIL. 1 TAHUN 2016

bptn1

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah mengadakan Jelajah Karnival Majlis Agama Islam Negeri Johor Bil. 1/2016 pada 2-4 Jun 2016 / 26-28 Syaaban 1437H bertempat di Dataran Tasik Kluang, Kluang, Johor. Pelbagai acara menarik yang telah diatur oleh pihak penganjur antaranya seperti Sukan Ekstrem : Demonstrasi “Street Workout”, Pertandingan Islamic Graffiti”, Persembahan Muzik dan Kesenian, Pertandingan Melukis dan Mewarna Tulisan Jawi Kategori Kanak-Kanak dan Sekolah Rendah. Selain itu juga, karnival turut dimeriahkan lagi dengan program berbentuk Tazkirah Remaja bersama Imam Muda Asyraf, Persembahan Artis Mawi dan Sharul Shiro. YBhg. Tuan Haji Mohd Rofiki bin Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin, CEO MAIJ telah berbesar hati merasmikan program jelajah karnival pada kali ini.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) turut tidak ketinggalan menyertai acara jelajah karnival tersebut dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan dan Booth Pameran yang mana di dalamnya turut memuatkan Sejarah dan Latarbelakang Mahkamah Syariah Negeri Johor, Visi, Misi serta Fungsi JKSNJ. Selain itu, maklumat berkaitan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Sulh juga dipaparkan sebagai rangka promosi dan hebahan yang berterusan.