Bahagian Sokongan Keluarga

LAWATAN KERJA BSK JOHOR KE JABATAN AGAMA JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA BSK NEGERI JOHOR KE BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH JABATAN AGAMA JOHOR

JOHOR, 1 April 2015 (Rabu)–Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri Johor telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja ke Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor sebagai satu usaha menjalinkan kerjasama erat dan memperkukuhkan lagi silaturrahim di antara dua bahagian.

Pertemuan telah diadakan pada 9hb April 2015 bersamaan dengan 19 JamadilAkhir 1436H. Delegasi BSK Johor telah diketuai oleh Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman, Penolong Pengarah Kanan BSK Johor. Pertemuan juga dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Nooh Bin Kadri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor merangkap Kadi Besar Negeri Johor.

Tujuan utama kunjungan hormat dan lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung dengan cadangan pindaan beberapa seksyen dalam enakmen yang sedang berkuatkuasa untuk memberi ruang yang lebih luas dan selesa dalam tatacara pelaksanaan dan gerak kerja BSK Seksyen Negeri Johor.Turut dibincangkan adalah perihal Majlis Pentauliahan Peguam Syarie bagi sesi 2015.

“..Saya berharap kunjungan dan lawatan seperti ini dapat diadakan lebih kerap untuk kebaikan dan manfaat kedua-dua bahagian..”begitu harapan Tuan Haji Nooh, KPP Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor sebagai mengakhiri ucapan penutup lawatan.

Laporan Disediakan oleh :

Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman,
PenolongPengarahKanan
BahagianSokonganKeluarga
SeksyenNegeri Johor

9hb April 2015
bersamaan 19 JamadilAkhir 1436H