Bahagian Sokongan Keluarga

LAWATAN KERJA PENGARAH BSK JKSM KE JKSNJ

LAPORAN LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA & KETUA UNIT INTEGRITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

JOHOR, 1 April 2015 (Rabu)- Satu kunjungan Hormat dan Lawatan kerja Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga dan Ketua Unit Integriti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) telah diadakan pada 1hb April 2014 (Rabu) bersamaan dengan 11 JamadilAkhir 1436H. Delegasi BSK JKSM telah diketuai oleh Puan Zuraidah Binti Ayob selaku Pengarah BSK JKSM manakala Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim mewakili Unit Integriti JKSM. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie JKSNJ.

Tujuan kunjungan hormat dan lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan awal berhubung dengan cadangan pindaan beberapa seksyen dalam enakmen yang sedang berkuatkuasa untuk memberi ruang yang lebih luas dan selesa dalam tatacara pelaksanaan dan gerak kerja BSK Seksyen Negeri Johor. Selain itu juga, Pn. Zuraidah Binti Ayob, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut bertanyakan permasalahan semasa yang dihadapi oleh BSK Seksyen Negeri Johor selain memberi idea-idea baharu untuk diterapkan dalam membantu melicinkan proses kerja BSK Seksyen Negeri Johor. Beliau juga melahirkan rasa terima kasih dan teruja dengan segala kerjasama serta komitmen YAA Dato’ khususnya dan JKSNJ amnya dalam menyokong gerak kerja BSK.

Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Negeri Johor, Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman telah diberi peluang untuk menguar-uarkan perkembangan terkini BSK Negeri Johor dan mengutarakan isu serta permasalahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak BSK JKSM. Dalam masa yang sama, Ketua Unit Integriti JKSM, Tuan Khairul Nizzam Bin Kassim turut berkongsi pengalaman dan member penerangan perihal integriti berkait dengan aktiviti promosi unit itu dan kerjasama yang diadakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri kearah membudayakan integriti di semua peringkat. Beliau juga ada melahirkan harapan dengan lawatan yang diadakan ini menjadi titik tolak kerjasama yang bakal dijalinkan dengan JKSNJ.

Lawatan tersebut juga menyaksikan YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie JKSNJ menerima Sijil Penghargaan di atas kecemerlangan Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri Johor atas pencapaian tertinggi dalam Petunjuk Prestasi Utama Strategik (KPI) Penyelesaian Kes Pelanggaran Perintah Nafkah Melalui Rundingcara bagi tahun 2014. Sijil Penghargaan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah BSK JKSM. YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie JKSNJ melahirkan rasa
Syukur dengan pencapaian ini dan mengharapkan supaya dengan penghargaan ini dapat member motivasi kepada Pegawai dan Kakitangan BSK khususnya supaya dapat bekerja dengan lebih kuat dan memberi yang terbaik kepada pelanggan yang berurusan. Untuk rekod, BSK Seksyen Negeri Johor memperolehi 92.16% bagi pencapaian tahun 2014.

LaporanDisediakanoleh :

Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman,
PenolongPengarahKanan
BahagianSokonganKeluarga
SeksyenNegeri Johor

2hb April 2015