Bahagian Sokongan Keluarga

MAJLIS APRESIASI BSK JOHOR TAHUN 2015

MAJLIS APRESIASI BSK JOHOR TAHUN 2015

jbg1

Satu Majlis Apresiasi BSK Johor 2015 telah diadakan di Restoran Selasih, Johor Bahru, Johor pada 17hb Mac 2016 (Khamis). Majlis ini telah dianjurkan oleh BSK Negeri Johor bagi memberi penghargaan kepada Pegawai dan Kakitangan BSK Johor di atas pencapaian cemerlang bahagian ini dalam memperolehi pencapaian tertinggi di dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BSK seluruh Malaysia untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015. Dalam majlis yang sama, dua orang pelajar yang telah tamat latihan praktikal mereka turut diraikan dengan pemberian cenderahati kenang-kenangan. Semoga dengan majlis yang diadakan seperti ini dapat memberi rangsangan kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan komitmen yang jitu dan memberikan yang terbaik dalam memenuhi ekspektasi pelanggan seterusnya dapat mencapai matlamat organisasi. Alhamdulillah.