Bahagian Sokongan Keluarga

MAJLIS PENTAULIAHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR SESI 2016

MAJLIS PENTAULIAHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR SESI 2016

jbg1

JOHOR BAHRU, 27 Mac 2016 (Ahad)-Seramai 163 individu telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Johor 2016 dalam Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA) Johor Bahru, Johor. Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis ini dan turut menyampaikan Sijil Peguam Syarie kepada wakil Peguam Syarie, Tuan Yunos Bin Ismail selaku Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Cawangan Negeri Johor).

Pegawai-pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor yang yang telah terlibat dan mendapat pentauliahan semula sebagai Peguam Syarie Negeri Johor 2016 adalah seperti senarai di bawah :

1) Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman
  (Pen. Pengarah Kanan BSK Johor)

2) Puan Nur Saufi Solihin Binti Hassan
  (Pegawai Penyelidik YAA Dato’ Ketua
  Hakim Syarie Negeri Johor)