Bahagian Sokongan Keluarga

Mesyuarat KPI BSK 2016

MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) BSK NEGERI JOHOR 2015 DAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) BSK NEGERI JOHOR TAHUN 2016

jbg1

        JOHOR BAHRU, 10 Mac 2016 (Khamis)- Mesyuarat Pembentangan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BSK Negeri Johor 2015 dan Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Negeri Johor Tahun 2016 telah diadakan pada 10 Mac 2016 (Khamis) bersamaan dengan 01 Jamadilakhir 1437H bertempat di Bilik Mesyuarat Haji Jainudin, Aras 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor dan telah dihadiri oleh Tuan Lokman Hakim Bin Tuan Kamaludin, Ketua Pendaftar JKSNJ, Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman, Penolong Pengarah Kanan/ Peguam Syarie BSK Negeri Johor dan seluruh warga kerja BSK Negeri Johor.

Mesyuarat yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 ini merupakan mesyuarat bersifat tahunan bagi membentangkan laporan pencapaian KPI BSK Negeri Johor beserta dengan penetapan KPI untuk tahun berikutnya. Selain itu juga, segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 dan segala cabaran dan kekangan dalam menjalankan tugas semuanya telah dapat dibincang dalam mesyuarat seumpama ini. Pembentangan bagi pencapaian KPI tahun 2015 telah disampaikan oleh Tuan Mohammad Radzi Bin Sadiman, Penolong Pengarah Kanan/Peguam Syarie BSK Negeri Johor.

YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Johor dan YBhg. Ketua Pendaftar JKSNJ telah berbesar hati memberikan saranan-saranan yang bernas bagi melancarkan perjalanan tugas dan telah disambut baik oleh pegawai dan kakitangan BSK.

Untuk rekod, BSK Negeri Johor telah memperoleh pencapaian tertinggi dalam KPI Tahun 2015 mengatasi BSK di negeri-negeri yang lain, dan ini sekaligus menjadikan BSK Negeri Johor merekodkan pencapaian tertinggi dua kali berturut turut setelah kali pertama melakukannya pada tahun 2014. Alhamdulillah.Tahniah! Luaskan Kuasamu Johor.