Bahagian Sokongan Keluarga

Latar Belakang Unit BSK Johor

Kebelakangan ini pelbagai masalah timbul dalam melaksanakan apa-apa keputusan atau perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah termasuk perintah berkaitan pembayaran nafkah anak oleh para bapa terutamanya selepas berlaku perceraian.

Pengabaian perintah ini menyebabkan kepentingan anak-anak tidak dapat dilindungi. Perintah atau keputusan Mahkamah tidak memberi apa-apa makna tanpa penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut.

Menyedari keruncingan masalah-masalah pengabaian perintah Mahkamah Syariah berkaitan pembayaran nafkah anak, atas keprihatinan Pihak pengurusan tertinggi negara, Y.A.B Perdana Menteri (Dato’ Abdullah Haji Ahmad Badawi) ketika itu telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke 46 yang diadakan pada 7 Jun 2007 memutuskan agar JKSM mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga(BSK). 

Dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2008.
JKSM telah membuat pengambilan seramai 96 orang termasuk pegawai dan kakitangan bagi mengisi kekosongan jawatan BSK di negeri-negeri.

Seksyen-Seksyen Dalam BSK

1. UKNP - Unit Khidmat Nasihat Perundangan
2. UPPP - Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah
3. UPD - Unit Penyaluran Dana