Bahagian Sokongan Keluarga

PROGRAM MUZAKARAH DAN LATIHAN TRANSFORMASI NEGARA BSK SELURUH MALAYSIA TAHUN 2016

bptn1 

Pegawai dan kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai sebuah program Muzakarah Pegawai dan Kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga dan Program Latihan Transformasi Negara Tahun 2016 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan usaha sama Biro Tatanegara , Jabatan Perdana Menteri (BTN). Program yang telah dijadualkan sejak 17-19 Oktober 2016 itu telah diadakan di Kem Bina Negara Geopark Langkawi, Kedah Darul Aman. 

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dengan dihadiri oleh wakil BTN, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, dan Pengarah BSK JKSM. Dalam Majlis tersebut, BSK Johor telah menerima sijil penghargaan kerana telah memperoleh pencapaian terbaik bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2015 dan BSK Melaka mengungguli pencapaian bagi Kategori Inovasi. Dalam majlis itu juga, YAA turut melancarkan Garis Panduan BSK yang mana ia merupakan sebuah Standard Operating Procedure (SOP) rasmi BSK bagi menyelaras, menyeragam dan melicinkan perjalanan pengoperasian BSK seluruh Malaysia.