Bahasa: English

Piagam Pelanggan

Asas Perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

“ MEMBERI KEADILAN KEPADA PELANGGAN YANG BERTERASKAN KEPADA HUKUM SYARA’ DAN UNDANG-UNDANG “

Janji – janji Jabatan ialah:-

Piagam Pelanggan Sumber
1. Menetapkan tarikh sebutan / bicara kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes apabila segala dokumen didapati lengkap. Sistem Pendaftaran Kes Mal (SPKMS)
2. Menyebut / membicarakan sesuatu kes Mal dan Jenayah dalam masa 21 hari selepas di daftarkan. Sistem Pendaftaran Kes Mal dan Jenayah(SPKMS)
3. Menyebut / membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 70 % daripada kes Mal dan Jenayah yang telah didaftarkan. Sistem Pendaftaran Kes Mal dan Jenayah(SPKMS)
4. Menyiasat ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan itu diterima. Laporan Aduan (Jawatankuasa Aduan JKSNJ)
5.Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada Mahkamah yang keputusannya di rayu. Sistem Pendaftaran Kes Rayuan (SPKMS)


Arkib Pencapaian Piagam Pelanggan :






Sebarang cadangan, komen, soalan berkaitan dasar-dasar, prosedur dan perkhidmatan mengenai jabatan ini, bolehlah memaklumkan kami melalui borang maklum balas pelanggan di SINI