Pusingan Kerja Kakitangan JKSNJ

Ditulis pada 06 April 2015

Pusingan kerja ini mengikut kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 . Dasar pertukaran adalah sebagaimana berikut: 


DASAR PERTUKARAN

3.1 Menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun
tetapi tidak melebihi 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan
sebagai jawatan sensitif;

3.2 Menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun
tetapi tidak melebihi 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan
sebagai jawatan bukan sensitif;

3.3 Seseorang pegawai itu boleh ditukarkan sama ada atas arahan Ketua
Jabatan ataupun atas permintaan pegawai itu sendiri yang dipersetujui oleh
Ketua Jabatan berdasarkan kepentingan perkhidmatan tanpa terikat
dengan tempoh perkhidmatan yang dinyatakan di perenggan (i) dan (ii)
di atas; dan

3.4 Tidak menggunakan pertukaran sebagai hukuman kecuali pertukaran
tersebut dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib yang
sedang diambil terhadap pegawai berkenaan.

Justeru itu, jabatan dengan ini mengucapkan selamat bertugas dengan cemerlang kepada kakitangan yang terlibat dengan pusingan kerja tersebut.

.