Unit Rekod Jabatan

Inspektorat Pengurusan Rekod Tahun 2016

ins12apr

• Pada 12-13 April 2016, satu sesi Inspektorat Pengurusan Rekod telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Mersing dan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ).Inspektorat Pengurusan Rekod ini melibatkan 14 buah negeri seluruh Malaysia dan Negeri Johor merupakan negeri yang ke-9 diaudit. Unit Rekod Johor merupakan unit yang bertanggungjawab dalam sesi auditan ini. Panel-panel penilai diketuai oleh Tuan Abu Bakar Bin Mohd Daud dari Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), diikuti dengan panel penilai dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur iaitu Puan Morni Binti Harun, Cik Maimunah Binti Osman dan En Ridhwan Bin Zainudin kader arkib di JKSM serta pemerhati, Puan Gowri A/P Ps Thangaya dari Arkib Negara Malaysia Negeri Johor.

• Pada 12 April 2016 (Selasa) , MRS Mersing menjadi lokasi pertama yang diaudit. Sesi pembukaan bagi Inspektorat Pengurusan Rekod dimulakan pada jam 10.00 pagi oleh Ketua Pendaftar JKSNJ, Tuan Lokman Hakim Bin Tuan Kamaludin yang mengalu-alukan kedatangan pasukan auditor ke Negeri Johor. Sesi auditan bermula dengan semakan ke atas setiap dokumen rujukan , soalan-soalan daripada panel penilai serta lawatan auditan ke Bilik Fail dan Rekod. Sesi penutup Inspektorat di MRS Mersing di pengerusikan oleh Y.A.A Dato’ Haji Amir Bin Danuri, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor. Panel penilai membentangkan hasil auditan di MRS Mersing berdasarkan kriteria Inspektorat Pengurusan Rekod.

• Pada 13 April 2016 (Rabu), pasukan auditor menjalankan sesi pengauditan di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor bermula pada jam 10.00 pagi. Antara lokasi audit yang menjadi pilihan panel penilai adalah Bahagian Pentadbiran Aras 4 iaitu Bilik Registri, Bilik Rekod Am dan Kewangan, Bilik Fail dan Rekod Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, Bilik Fail dan Rekod Mahkamah Rayuan Syariah Johor Bahru. Sesi lawatan auditan oleh panel penilai berakhir jam 11.30 pagi dan diteruskan dengan sesi perbincangan antara panel-panel penilai bagi membuat laporan akhir sesi auditan.

• Exit Conference Inspektorat Pengurusan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dimulakan pada jam 3.00 petang oleh Ketua Auditor, Tuan Abu Bakar Bin Mohd Daud. Terdapat teguran dan cadangan penambahbaikan daripada hasil auditan di JKSNJ dan MRS Mersing. Dalam pembentangan laporan auditan, kedua-dua lokasi audit memperoleh Best Practices dalam carian fail yang efektif dan berkesan. Malah, pencapaian keseluruhan Inspektorat Pengurusan Rekod di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor memperoleh keputusan CEMERLANG. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.