Unit Rekod Jabatan

Visi, Misi, dan Objektif Unit Rekod

VISI

Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSNJ teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

MISI

Untuk menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSNJ yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.

OBJEKTIF

1. Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosedur yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes, penyelidikan dan pengurusan.

2. Menguruskan rekod-rekod dalam kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSNJ selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSNJ.

3. Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSNJ, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSNJ dalam sejarah sosio ekonomi Negara.

4. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan.

5. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kerja JKSNJ, para penyelidik dan orang awam.

6. Ke arah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan terhadap sejarah JKSNJ, sekaligus memantapkan lagi semangat patriotik kepada Malaysia.