Unit Rekod Jabatan

PENGIKTIRAFAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN REKOD TAHUN 2015-2016

ppsn1 

Pada 09 November 2016 (Rabu) - Y.A.A Tan Sri Dr.Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie , Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menyampaikan Sijil Pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Rekod Tahun 2015-2016 (Cemerlang : 5 Bintang) kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ketika Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor,
Jabatan kehakiman Syariah Negeri Johor telah memenuhi 5 kriteria dalam Inspektorat Pengurusan Rekod pada 12-13 April 2016 yang lepas iaitu seperti berikut :
A) Komitmen Jabatan (25 %) – 25%
B) Prosedur Pengurusan Rekod (25 %)  – 22.4%
C) Pelupusan Rekod (15 %) – 12.2%
D) Pengurusan Rekod Penting (5%) – 5%
E) Amalan Terbaik Pengurusan Rekod (30% )– 26.7%
Jabatan kehakiman Syariah Negeri Johor antara 5 negeri terbaik yang memperoleh 5 bintang daripada 14 buah negeri yang lain. Pencapaian keseluruhan yang telah diperoleh ialah sebanyak 91.3% .
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Unit Rekod dan seluruh warga kerja Jabatan kehakiman Syariah Negeri Johor atas pencapaian ini.