ICTSO Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
PUAN RAIHAYU BINTI ABD RAHMAN
PENOLONG PENGARAH KANAN ICT
PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN ICT(ICTSO) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT JKSNJ;
- Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT JKSNJ;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT JKSNJ kepada semua pengguna;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT JKSNJ;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT) dan ICTSO memaklumkannya kepada CIO;
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
Mengenai Kami
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
Lot 259, Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru
T: 07-2199 000 F: 07-2213 133
E: tadbirsyariah@johor.gov.my