Perutusan Ketua Hakim
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatu dan salam muafakat.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat beserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabat Baginda, kerana dapat kita terus menyusuri tahun 2019 dengan keadaan yang harmoni di bumi Malaysia bertuah ini.
Dalam arus pembangunan teknologi , JKSNJ bergerak seiring dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. JKSNJ menjadikan laman web rasmi sebagai sumber berinformatif untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak pelanggan. Laman Web ini juga dijadikan sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat dan aktiviti jabatan kepada umum serta dapat dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Dalam meniti arus transformasi selari dengan peredaran zaman , Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor perlu bersedia untuk menerima dan menghadapi cabaran globalisasi pada masa akan datang. Pelbagai masalah dan isu – isu syariah timbul di kalangan masyarakat . Sehubungan dengan itu, semua kakitangan JKSNJ perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam menangani kes – kes yang datang. Justeru itu, saya menyeru agar warga JKSNJ dapat mengamalkan budaya kesungguhan dalam bekerja serta menerapkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas disamping sentiasa berusaha memperbaiki diri bagi memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan secara berterusan.
Untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan, kami mengalu-alukan pandangan, komen dan teguran daripada setiap pengunjung dari masa ke masa. Setiap pandangan dan teguran akan kami perbaiki dan seterusnya menambahbaik program dan aktiviti yang dilakukan.
Akhir kata selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.
Sekian,
Yang Berhormat Yang Amat Arif Dato’ Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif,
Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.
Mengenai Kami
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
Lot 259, Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru
Tel : 07-2199 000
Fax : 07-2213 133
Emel :
- tadbirsyariah@johor.gov.my
- jksnjohor@esyariah.gov.my
Font Resizer
Pautan Kehakiman Syariah
Follow us on Facebook
Jumlah Pengunjung :
- 450,644 pengunjung
Tarikh Akhir Kemaskini : 05 Disember 2024.