UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT / PUSAT SUMBER

Unit Teknologi Maklumat

Objektif

  1. Menyelaras, memantau dan meningkatkan penggunaan teknologi komputer yang terkini kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
  2. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik JKSNK dan membudayakan ICT kepada warganya.

Fungsi

  1. Memastikan sistem yang tersedia dapat digunakan dengan sempurna.
  2. Memberi perkhidmatan ICT dan bantuan teknikal yang diperlukan kepada semua Bahagian / Unit di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar jabatan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
  3. Menyelesaikan dan melaporkan masalah yang berkaitan dengan sistem-sistem yang disediakan oleh JKSM yang dilaporkan melalui penggunaan Helpdesk.
  4. Menentukan pengagihan peratan ICT didalam jabatan dan mengurus prasarana ICT termasuk perkakasan dan perisian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Johor.
  5. Mengawal inventori peralatan ICT.
  6. Pelupusan peralatan ICT.
  7. Merancang Pelan Strategik ICT dan Pelan Keselamatan ICT Jabatan Kehakiman Syariah Johor.

 

Pusat Sumber

Fungsi

Menyelia ruang bacaan, bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan kitab-kitab serta menguruskan perkhidmatan pinjaman kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan dan sebagai tempat rujukan kepada para peguam, pendakwa, ahli-ahli akademik, pelajar serta orang awam dengan kebenaran.