14 OKTOBER 2024 | PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Johor pada hari ini telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Puan Hajah Khairin- Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.

BSK Johor telah memberi Taklimat Pengenalan Bahagian Sokongan Keluarga dan menerangkan khidmat serta fungsi BSK. Melalui YA Tuan Sahul Hamid bin Moideen Ketua Pendaftar JKSNJ, juga menyatakan tujuan kunjungan ini adalah untuk memfokuskan berkaitan Rumah Transit yang akan disediakan oleh pihak Pembangunan Wanita bagi memudahkan pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan penginapan bagi perjalanan kes dan juga mempromosikan BSK kepada Bahagian yang berada di bawah portfolio YB Khairin – Nisa.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah Pengarah LPPKN, Pengarah JPW, Wakil dari YPKDT dan wakil dari JKM.

Turut hadir delegasi dari JKSNJ Puan Noriana binti Ahamad Sapari, Puan Norazeera binti Mohamed, Encik Mohd.Airuladha bin Mu’in dan Puan Norhidayah binti Ibrahim.

Sekian Terima Kasih.

Alt KUNJUNG HORMAT BSKSNJ - 14 OKT 2024