Peraturan di Mahkamah

LELAKI

  • Bersongkok / kopiah
  • Berkemeja lengan pendek atau panjang
  • Berseluar Panjang
  • Berambut pendek dan kemas
  • Menutup aurat (lelaki)
  • Berkasut

Lelaki – Dilarang memakai baju T, berseluar pendek, berambut panjang melebihi paras baju dan memakai selipar, memakai cermin mata hitam dan bertopi

WANITA

  • Bertudung
  • Baju lengan panjang
  • Skirt longgar dan panjang
  • Berbaju kurung/ jubah
  • Menutup aurat (perempuan)
  • Berkasut tertutup

Perempuan – Dilarang memakai baju T, berseluar panjang atau pendek, memakai mini skirt dan tidak memakai tudung kepala, memakai cermin mata hitam.

Peringatan

Larangan- larangan yang disebut di atas boleh dianggap sebagai salah laku dalam Mahkamah menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor) 2003

2020 © Copyright - Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor