13 NOVEMBER 2024 | PROGRAM KOMUNITI SULH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2024

Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) pada hari ini telah menganjurkan program Komuniti Sulh Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM manakala ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Alt Program SULH