RABU | 4 JUN 2025

Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri Johor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Program Literasi Undang-Undang Syariah dan Penyampaian Bantuan Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri Johor Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor Sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pengetahuan, pendedahan, khidmat nasihat dan kesedaran kepada masyarakat awam khususnya berkaitan perundangan syariah yang terpakai di negara ini serta mempergiat usaha ke arah memperjelaskan fungsi dan peranan Bahagian Sokongan Keluarga. Program ini juga memperjelaskan kepada peserta kaedah yang dilaksanakan dalam proses penguatkuasaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Alt Literasi Undang-Undang - BSK