KHAMIS | 12 JUN 2025
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor pada 12 Jun 2025 bertempat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.