Alt Notis Sebut Harga

NOTIS SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI JABATAN KEHEKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

Alt Makluman Terkini

TATACARA PERMOHONAN KES DALAM TEMPOH PKPB | 9 NOVEMBER SEHINGGA 6 DISEMBER 2020

Alt Makluman Terkini

GARIS PANDUAN PERBICARAAN KES-KES SYARIAH BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR SEMASA TEMPOH PKPB

Alt Makluman Terkini

KENYATAAN RASMI

Alt Makluman Terkini

KENYATAAN RASMI

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Untuk makluman, YAA Tuan Haji Muhammad Khaldun Bin Muhamad Sharif, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor  telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan didapati negative  dan sedang menjalani tempoh kuarantin berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selaku Ketua Jabatan beliau telah melaksanakan arahan pengasingan segera kepada pegawai-pegawai yang mempunyai kontak rapat dengan YB Menteri ketika Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 (PKPSN 2020) yang berlangsung pada 29-30 September 2020  bertempat di Hotel Movenpick KLIA, Sepang. Pegawai-pegawai tersebut juga telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan menjalani tempoh kuarantin seperti yang telah ditetapkan oleh KKM, termasuk menjarakkan diri daripada ahli keluarga dan mematuhi segala prosedur bagi mengelakkan penularan dan jangkitan sekiranya positif kepada ahli keluarga mahupun pihak lain.

Pihak JKSNJ akan sentiasa berhubung dengan KKM untuk tujuan khidmat nasihat dan pemantauan berterusan berkenaan keadaan ini. Warga  dinasihatkan bersabar dan melaksanakan tugas mengikut ketetapan Jabatan.

Perkhidmatan dan operasi (termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh dan pendaftaran kes) yang melibatkan orang awam akan berjalan seperti biasa kecuali bagi kes hakim – hakim yang terlibat sementara menunggu tempoh kuarantin selesai dan akan dimaklumkan kelak.

Semua pihak dipohon agar kekal bertenang, mematuhi SOP KKM yang ditetapkan dan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan atau menyebarkan apa-apa berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan warga kerja, masyarakat dan orang awam. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua dipelihara oleh Allah S.W.T. daripada pandemik COVID-19 dan daripada sebarang bentuk kemudharatan serta diberi kesejahteraan sentiasa.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Alt Makluman Terkini

GARIS PANDUAN PERBICARAAN KES-KES SYARIAH BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR SELEPAS 1 SEPTEMBER 2020

Alt Makluman Terkini

PANDUAN PENGENDALIAN KES SELEPAS 9 JUN 2020 UNTUK ORANG AWAM | JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR