Alt Makluman Terkini

GARIS PANDUAN PERBICARAAN KES-KES SYARIAH BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR SELEPAS 1 SEPTEMBER 2020

Alt Makluman Terkini

PANDUAN PENGENDALIAN KES SELEPAS 9 JUN 2020 UNTUK ORANG AWAM | JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

Alt Pengumuman terkini

PANDUAN PENGENDALIAN KES DALAM TEMPOH PKPP | 10 JUN 2020 HINGGA 31 OGOS 2020

Borang Permohonan Kes boleh didapati di MUAT TURUN BORANG dan di emelkan ke ALAMAT EMEL Penolong Pendaftar daerah yang berkaitan

Alt Iklan Perbicaraan Mahkamah Syariah Semasa PKPB

GARIS PANDUAN PERBICARAAN KES-KES SYARIAH BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR SEMASA TEMPOH PKPP

Alt Image 2020-04-13 (1)

PEMBERSIHAN DAN DISENFEKSI BANGUNAN JKSNJ OLEH PIHAK BOMBA DAN PENYELAMAT

Kerja-kerja pembersihan dan disenfeksi di bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah dilakukan oleh Pihak Bomba dan Penyelamat pada pagi ini, 13 April 2020 bagi membasmi wabak Covid-19

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Alt Talian Sementara

TALIAN SEMENTARA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR SUSULAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Orang ramai yang ingin menghubungi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah :

Waktu operasi adalah :

Hari Ahad sehingga Rabu | 9.00 pg – 1.00 tghari & 2.30 ptg – 5.00 ptg

Hari Khamis | 9.30 pg – 1.00 tghari & 2.00 ptg – 3.30 ptg

Alt PENGUMUMAN

Penagguhan Kes Bicara / Sulh / Sebutan & Segala Urusan Berkaitan Mahkamah

Tuan/Puan,

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, semua Kes Bicara / Sulh / Sebutan dan segala urusan berkaitan Mahkamah Syariah yang dijadualkan sepanjang tempoh itu adalah DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Sekian, untuk tindakan tuan/puan. Terima kasih.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

jpm

Terap maqasid syariah dalam perundangan Islam

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bh.com.my

BH Online: BERITA» Nasional Selasa, 22 Oktober 2019 | 3:17pm

PUTRAJAYA: Hakim mahkamah syariah perlu memastikan setiap pertimbangan kes yang dikendalikan mereka, mengambil kira aspek maqasid syariah supaya penghakiman yang dibuat lebih adil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata setiap hakim perlu memantapkan ilmu masing-masing dalam aspek maqasid syariah yang dianggap kunci utama yang melindungi, menyubur dan memantapkan prinsip dan nilai Islam demi mencapai kepentingan serta matlamat kehidupan sebenar.

“Dalam konteks kehakiman syariah, hakim syarie perlu memantapkan ilmu supaya penghakiman yang dibuat dapat mencapai keadilan sekali gus memberikan hak kepada yang berhak.

“Hakim syarie hendaklah berhati-hati dalam membuat penghakiman. Pertimbangan yang diberikan bukan hanya kepada penghujahan oleh satu pihak semata-mata sebaliknya perlu memenuhi minda maqasid yang digariskan oleh syarak.

“Ia penting bagi menjamin keadilan melalui penghakiman yang efektif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Diskusi Undang-undang dan Hukum Syarak: Maqasid Syariah Dalam Kehakiman di sini, hari ini.

Diskusi berkenaan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan membentuk minda maqasid syariah dalam pelbagai fungsi dan membuka ruang pemikiran bagi mengaplikasi kefahaman maqasid dalam enam bidang teras iaitu Hakim Syarie, Pendaftar, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie, Pegawai Sulh dan Pegawai Penyelidik.

Fuziah menegaskan bagi memastikan kesejahteraan ummah dapat dicapai, maqasid syariah menggariskan lima prinsip utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Prinsip ini adalah asas kukuh dalam tadbir urus sesebuah negara termasuklah dalam bidang kehakiman dan perundangan syariah.

“Kefahaman yang jelas mengenai maqasid syariah penting untuk diaplikasi dalam pentadbiran institusi kehakiman dan perundangan syariah, penghakiman dan penggubalan undang-undang,” katanya.

Fuziah berkata, ini kerana maqasid syariah bukan tertakluk kepada penghakiman di mahkamah syariah semata-mata tetapi boleh diaplikasikan sebagai nilai inti dalam penentuan dasar setiap kementerian.

“Itulah harapan kita kerana maqasid syariah tidak bertentangan dengan semua perkara dan ia adalah payung segalanya,” katanya.

Menyentuh peranan maqasid syariah dalam menangani isu rasis, Fuziah berkata, beliau menyifatkan isu perkauman dicetuskan pihak tertentu atas agenda politik dengan berselindung atas nama agama.

“Islam tidak mengajar mengenai perkauman. Jadi masyarakat perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam agenda politik seperti ini,” katanya.