Unit Rekod
UNIT REKOD
PENGENALAN
Fungsi Unit Rekod ditempatkan di Mahkamah Syariah / Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk menjadikan sistem pengurusan rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik.
Menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti.
Aktiviti utama Unit ini adalah untuk :
- Mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan, bersesuaian dengan kehendak dan persekitaran kerja jabatan.
- Melaksanakan pengurusan rekod jabatan yang efisyen.
- Melahirkan suasana ruang kerja yang kondusif, selesa dan harmoni setelah melaksanakan aktiviti pelupusan fail bagi setiap Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Johor.
AKTA, DASAR DAN PEKELILING