Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Selangor optimis meraih tujuh pingat emas dalam SMS-4

SHAH ALAM – Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Selangor optimis meraih tujuh pingat emas dalam Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia Kali Ke-4 (SMS-4) yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka selama tiga hari bermula esok.

Dengan slogan “Selangor Gempur”, kontinjen Selangor dengan kekuatan seramai 122 atlet telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan dwi tahunan tersebut dengan menyertai kesemua 17 acara yang dipertandingkan tahun ini.

Pemangku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Mohammad Adib Husain berkata, setiap atlet perlu mempamerkan semangat sukan yang tinggi namun dalam masa yang sama memastikan matlamat penganjuran sukan iaitu merapatkan ukhuwah dalam kalangan atlet dan kontinjen tercapai.

“Dalam kita bersemangat meraih kemenangan, jangan sampai menimbulkan sebarang perbalahan, sebaliknya ikatan ukhuwah itu yang lebih diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelepasan Atlet Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Untuk rekod, Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia diadakan setiap dua tahun sekali disertai Mahkamah Syariah seluruh negara. – K! ONLINE

Tarikh siaran: 09/08/2017 8:45pm

[siteorigin_widget class=”Alert_Widget”][/siteorigin_widget]
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *